'fixie' bike ataupun basikal single gear ni bolela dianggap item penting umat-umat hip masakini tak kira la di malaysia atau luar negara. kiranya basikal untuk stylelah. period. alasan sukan, minat kepada basikal, riadah dan ape sekalipun adalah tak masuk akal & ia tak lain hanyalah hip semata. sehip awek-awek dengan cerita kopi & rokok. Dengan gaya & pakaian ala-ala messenger dari New York sambil mengayuh kiranya melengkapkan lagi rasa hip di hati peminat 'fixie' ni.
basikal yang simple, mudah, senang, ringkas ni asalnya digunakan oleh umat-umat despatch terutama di kota-kota metropolitan sesak macam New York & London. so surat-surat atau ape-ape package bolela sampai pada masanya tanpa diganggu elemen kesesakan, elemen parking susah mahupun elemen saman
menyaman. kiranya semuanya senanglah. pengayuhan pun tidaklah mencabar kerana jalan yang dibuat dengan baik. Berbeza pulak dengan pengikut trend fixie di malaysia sebab menunggang fixie di sini tidaklah sesenang itu terutamanya semasa mendaki bukit contohnya ataupun melalui area-area jalan-jalan berlopak seperti di Kuala Lumpur lebih tepatnya. 'Fixie' jugak kebanyakannya tidak langsung dilengkapi brakes, satu sebab ialah semuanya bole dikontrol menggunakan pedal sahaja, maknanya bila kayuh secara reverse tulah teknik untuk brakenya. sebab yang kedua, sesetengah peminat 'fixie' ni sukakan gaya sleek & ringkas. " 'Fixie' is the epitome of simplicity" katanya.Jadi kabel-kabel brakes tu menggemukkan overall look 'fixie'. kiranya hilangla identiti 'fixie'. katanya.
tetapi kalau bercakap soal legalnya pula contohnya di US. basikal tidak kira ape jenis sekalipun wajib dilengkapi dengan brakes & menjual basikal tanpa brakes juga salah disisi undang-undang. cuma di malaysia secara culturenya basikal tidaklah mengganggu mana-mana parti politik pemerintah
so takde undang-undang pasal ni betul-betul dikuatkuasakan. selagi tak membawa maut secara beramai-ramai rasanya takde perbincangan pasal ni akan berlangsung. kiranya ia bukan isu besar lah kalau dibincangkan sekalipun.
so sama ada 'fixie' ni trend sementara ataupun sesuatu yang boleh kekal menjadi budaya terpulanglah pada individu. bagi kami yang bercakap sebagai orang luar dalam trend 'fixie' ini, ia adalah trend sementara sahaja di Malaysia. Gaya simple ditambah dengan unsur-unsur pop pada color contohnya ialah antara elemen trend secara keseluruhan sekarang ni. dari segi designnya 'fixie' memang style & sleek. tidak disangkal. tetapi setahun atau dua tahun dari sekarang for sure fixie dengan color-color brightnya akan dilihat sangat janggal dan macam haram. macam kita tengok orang pakai selipar 'crocs' pada hari ini. janggal. Barangkali.
No comments:
Post a Comment